Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,3 dan 4

16 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2023 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1,3 dan 4. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 21 pelajar perempuan dan 14 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 serta Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaannya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengira sambil bermain (Number Chart) di laman web www.abcya.com dan belajar membaca. Kelas diakhiri dengan tayangan video Omar Hana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas